Berapakah lamakah masa yang diambil untuk kad yang ditempah siap?
Biasanya dalam tempoh 20 hari bekerja. Namun begitu, tempoh tempahan siap mampu mencecah sehingga 3 minggu pada musim-musim tertentu. 

Boleh saya tahu jenis kad yang digunakan untuk cetakan kad jemputan?
Kami menggunakan 'Art Card 260gsm' yang tebal dan berkilat untuk semua cetakan Kad Jemputan.Warna pada kad ini tidak akan rosak/kembang jika terkena sedikit air.

Betul ke Design/Artwork PERCUMA untuk semua jenis kad jemputan?
Ya. Pihak Kami menawarkan beratus design yang menarik untuk dipilih dan kami tidak mengenakan sebarang bayaran bagi memasukkan gambar, mengubah warna, menukar tulisan dan melukis peta. 
 
Adakah harga yang dipaparkan dalam laman sesawang Kami adalah harga muktamat? 
Harga yang dipaparkan dalam semua laman web kami adalah harga muktamat. Tiada sebarang bayaran tambahan akan dikenakan.
 
Bagaimana cara membuat bayaran untuk tempahan, saya perlu bayar on-the-spot ke?
Tidak perlu buat bayaran on-the-spot. Maklumat pembayaran akan dihantar ke email anda sebaik sahaja borang tempahan diterima oleh kami. Anda diberi masa selama 3 Hari Bekerja untuk membuat bayaran pertama (Deposit 50%) dari tarikh anda mengisi borang tempahan.
 
Bilakah tempahan perlu dibuat dan mengapa perlu menempah lebih awal?
Kami menasihatkan anda mula membuat tempahan seawal 2 - 4 bulan lebih awal dari tarikh Majlis. Selain bimbang tempahan ditutup kerana penuh, ini juga dapat memastikan anda mempunyai masa yang selesa untuk mengedarkan kad tersebut.
 
Mengapa kadang kala tempahan ditutup? Tidakkah ini merugikan syarikat Tuan?
Biasanya tempahan ditutup apabila pihak kami menerima tempahan yang terlalu banyak. Ini terpaksa dilakukan bagi memastikan kualiti produk dan mutu perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang telah menempah lebih awal. Polisi syarikat telah meletakkan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan berbanding keuntungan.
 
Saya berminat dengan design koleksi tuan , tetapi boleh tak kalau saya nak tukar warna, tulisan atau tambah ayat dalam kad?
Boleh dan ianya percuma. Anda juga dibenarkan membuat pembetulan/perubahan kepada cadangan ‘artwork’ yang telah disediakan sebanyak 2 kali secara PERCUMA. 
 
Saya telah memilih Kod Design 'CN18' ketika mengisi borang tempahan tempoh hari, boleh tak saya nak tukar ke Kod Design 'UQ15' selepas bayaran deposit dibuat?
Pertukaran 'Kod Design' dibenarkan dan ianya PERCUMA, tetapi mestilah dilakukan sebelum cadangan ‘artwork’ bagi 'Kod Design' yang pertama dipilih dihasilkan oleh pereka kami.
 
Bolehkah saya meletak gambar di dalam kad? Ada sebarang caj dikenakan? 
Anda boleh meletak gambar di dalam kad dan ianya percuma. Gambar perlu diberi dalam bentuk digital, sama ada email atau hantar softcopy kepada kami.  
 
Gambar yang bagaimana saya perlu hantar?
Pastikan memberi gambar dengan saiz 2MB (megabait) ke atas, tidak gelap, bila zoom 100% jelas dan tidak diambil di lokasi dengan lampu kuning. Ini bagi memastikan kualiti gambar adalah terbaik semasa dicetak. Boleh juga memberi gambar pasangan yang berasingan.

Adakah setiap kad disertakan sampul?
Ya, ia diberikan secara percuma mengikut jumlah kad yang ditempah.
 
Adakah kad-kad jemputan ini boleh memuatkan 2 pihak?
Boleh, tetapi anda haruslah mengambil saiz yang sesuai seperti kad dari jenis lipat 2 atau lipat 3.
 
Berapakah deposit diperlukan untuk membuat tempahan?
50% dari nilai tempahan keseluruhan dan bayaran baki hanya perlu dijelaskan setelah kad siap dicetak.
 
Kalau saya ingin menempah 1000 kad tetapi 500 untuk alamat lelaki dan 500 lagi untuk alamat perempuan... harga still sama ke?
Tidak sama dengan harga tempahan 1000 kad. Ia akan dikira dengan harga sebagai 2 tempahan 500 keping berasingan.
 
Adakah saya boleh mencetak kad yang saya design sendiri?
Sudah semestinya boleh. Tetapi kami caj design RM 35.00/design sekiranya file yang di hantar tidak mengikut file dari format yang dikehendaki. Kami hanya menerima file dari format .ai, .psd dan PDF.
 
Bolehkah saya bagi contoh atau sample design untuk didesign semula?
Boleh, bayaran sebanyak RM35.00 akan dikenakan.
 
Bolehkah pelanggan meminta draf design sebelum membayar wang deposit terlebih dahulu?
Maaf, proses design hanya akan dimulakan setelah pihak kami menerima wang RM 50.00 utk start design tempahan .
 
Berapakah minimum kad jemputan yang boleh ditempah?
Tempahan minima ialah 300 keping untuk semua jenis kad kecuali kad Fast Print (100 keping).

Bolehkah pelanggan mengambil semula wang jika pelanggan membatalkan tempahan?
Jika pembatalan dibuat dalam tempoh 24 jam, kami akan mengembalikan semua jumlah bayaran yang telah dijelaskan. Namun begitu, jika pembatalan dibuat setelah proses tempahan telah dimulakan, anda dikehendaki membuat bayaran mengikut prestasi kerja yang telah disiapkan.

Bolehkah saya menempah kad jemputan terus di pusat tuan sendiri?
Ya, sudah tentu boleh. Tetapi kami menasihatkan pelanggan untuk berurusan melalui online kerana ia lebih mudah dan menjimatkan.
 
Bagaimana jika saya ingin membuat tempahan kad jemputan di website ini?
Sila klik butang 'Buy Now... >' yang berada di bahagian bawah senarai harga produk yang anda ingin tempah.
 
Perkhidmatan kurier apakah yang digunakan oleh kami?
Kami menggunakan pelbagai perkhidmatan adalah KTMD
 
Berapakah caj penghantaran untuk tempahan saya?
Mengikut berat kuantiti 

Peta yang bagaimana saya perlu hantar?
Anda boleh menghantar gambar lakaran tangan, gambar peta pada kad jemputan adik/kakak/abang/jiran atau lakaran computer.

Adakah setiap rekabentuk tempahan yang telah dibuat akan disemak dahulu oleh pelanggan sebelum proses percetakan dijalankan?
Sudah semestinya. Ini dilakukan bagi mengelak sebarang kesalahan yang terdapat dalam kad jemputan yang anda tempah. Kami tidak akan mencetak kad selagi tidak mendapat "confirm design" dari pelanggan.

Bolehkah saya mengambil terus tempahan di pusat kami tanpa menggunakan perkhidmatan penghantaran?
Sudah semestinya boleh.

Kalau nak tambah streamer dan banner... berapa? Ada kos design tak?
Kami cadangkan anda membuat pesanan secara Pakej kerana ia amat menjimatkan dan tiada caj design dikenakan. 

There are no products to list in this category.